fb fb fb fb fb

Jumaat terakhir Ramadan, rakyat Palestin terus dizalimi

BAITULMAQDIS, 29 April- Jumaat terakhir di bulan Ramadan bumi Palestin terus dicemari insiden keganasan.

Hari ini, berlaku sekali lagi pertempuran antara rakyat Palestin dan polis rejim zionis di perkarangan Masjid al-Aqsa.

42 cedera dalam insiden terbaharu berkenaan.

Laporan kecederaan itu disahkan Bulan Sabit Merah Palestin.

Bagaimanapun menurut mereka tiada di antara mereka mengalami kecederaan serius namun 22 orang telah di bawa ke Hospital.

Israel seperti biasa mendakwa mereka memasuki perkarangan masjid setelah berlaku kekecohan.

(FOTO AFP)

Saksi dan wartawan AFP menyebut polis zionis telah melepaskan gas pemedih mata dan tembakan peluru getah ke arah penduduk Palestin.

3 orang telah ditahan oleh Zionis.

Dalam tempoh 2 minggu lepas, hampir 300 rakyat Palestin cedera dalam pertempuran di masjid al-Aqsa.

Serangan melulu oleh Israel ketika bulan Ramadan membangkitkan kemarahan komuniti dunia, namun mereka mendakwa ia dicetuskan pejuang Hamas.

Keganasan di al-Aqsa tahun ini telah bermula sejak 22 mac menyaksikan 26 rakyat Palestin maut manakala 12 Israel. -AFP

Media Baharu