fb fb fb fb fb

Juice ESA lancar semula misi, teroka planet Musytari

FOTO AFP

PARIS, 14 April- Kapal angkasa bagi misi penjelajahan planet Musytari oleh Agensi Angkasa Lepas Eropah (Juice) dilancarkan semula hari ini, sehari selepas cubaan pertama dibatalkan ekoran ancaman kilat.

Kapal angkasa yang dibawa roket Ariane 5 akan dilancarkan dari 'European Spaceport' di Kourou, French Guiana, kira-kira pukul 12.00 tengah hari waktu tempatan atau pukul enam petang waktu Malaysia.

Jika berjaya, kapal angkasa tanpa kru seberat enam tan itu akan mengharungi perjalanan selama lapan tahun melalui sistem suria.

Misinya, mencari bukti, sama ada bulan Musytari yang dilitupi ais boleh menjadi habitat kepada hidupan luar angkasa.

Misi penjelajahan melibatkan perjalanan sejauh 628 juta kilometer dari bumi.

Kapal angksa itu dijangka tiba di bulan Musytari pada 2031.

Musytari kali pertama ditemui oleh ahli astronomi, Galileo Galilei lebih 400 tahun lalu.

Musytari ialah planet kelima dari matahari dan planet terbesar daripada lapan planet sistem suria.

Ia berjarak purata kira-kira 778.3 juta kilometer dari matahari.- REUTERS


(Agensi Angkasa Lepas Eropah)

Media Baharu