fb fb fb fb fb

Pyongyang lancar peluru berpandu ICBM

(FOTO AFP)

SEOUL, 15 April - Korea Utara melancarkan satu lagi ujian peluru berpandu, yang dilihat cuba mencabar jirannya, Korea Selatan yang disokong Amerika Syarikat.

Ujian terbaharu, melibatkan peluru berpandu balistik antara benua menggunakan bahan api pepejal, ICBM.

Rakaman video media memaparkan peluru berpandu itu ditembak dari tiub pelancar, sekali gus menghasilkan kepulan asap tebal.

(FOTO AFP)

Pyongyang menegaskan, ujian peluru berpandu versi ICBM baharu, Hwasong-18 bertujuan mempamer keupayaan serangan balas nuklear negara itu.

Siri ujian teknologi peluru berpandu dengan cecair pepejal merupakan antara cita-cita utama pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dalam pemodenan angkatan tentera negara itu.

Peluru berpandu ICBM dikatakan lebih mudah disimpan, diatur gerak, lebih stabil dan lebih cepat untuk dilancarkan serta sukar dikesan pada peringkat awal.

Pelancaran terbaharu itu turut mencetuskan panik dalam kalangan penduduk di Pulau Hokkaido, utara Jepun.-AFP

Media Baharu