fb fb fb fb fb

Gempa bumi 7.0 magnitud melanda Indonesia

(Agensi geologi Indonesia menolak kemungkinan berlakunya tsunami selepas pusat
gempa dikesan pada kedalaman 594 kilometer/Google)

JAKARTA, 14 April- Gempa bumi berkekuatan 7.0 pada skala Richter direkodkan di laut utara pulau utama Indonesia di Jawa.

Menurut kenyataan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa itu berlaku pada 4.55 petang waktu tempatan.

Agensi geologi Indonesia menolak kemungkinan berlakunya tsunami selepas pusat gempa dikesan pada kedalaman 594 kilometer.

Kedudukannya kira-kira 160 kilometer di barat laut Surabaya, bandar kedua paling ramai penduduk di Indonesia yang menempatkan lebih dua juta orang.

Gegaran itu dirasai di sebahagian besar Pulau Jawa dan sejauh kepulauan Bali dan Lombok.

Tiada laporan segera diterima mengenai kerosakan harta benda atau kemalangan jiwa. -AFP

(Gempa bumi 7.0 magnitud melanda Indonesia/Google)

Media Baharu