fb fb fb fb fb

Jordan buka semula sebahagian lintasan Allenby dengan Tebing Barat

Lintasan Allenby dibuka untuk pergerakan penumpang sahaja. / Foto AFP

AMMAN, 21 September – Jordan pada Ahad mengumumkan pembukaan semula sebahagian lintasan sempadannya dengan Tebing Barat yang diduduki Israel, tiga hari selepas insiden tembakan yang mengorbankan dua askar Israel.

Menurut kenyataan rasmi, lintasan Allenby dibuka untuk pergerakan penumpang sahaja manakala perkhidmatan kargo masih digantung sehingga diberitahu kelak.

Stesen penyiaran Al-Mamlaka melaporkan kesesakan trafik sejak awal pagi di kedua-dua arah.

Insiden Khamis lalu berlaku apabila seorang pemandu lori Jordan berusia 57 tahun, Abdel Mutaleb al-Qaissi, melepaskan tembakan ketika membawa bantuan ke Gaza, menyebabkan dua anggota Israel terbunuh sebelum beliau ditembak mati.

Pihak berkuasa Jordan menyifatkan serangan itu mengancam kepentingan negara serta menjejaskan usaha menyampaikan bantuan kemanusiaan ke Gaza, yang kini berdepan krisis selepas hampir dua tahun peperangan. - AFP

SITI NUR DIATIE BINTI ZAIDI