fb fb fb fb fb

Joe Biden ucap selamat menyambut Ramadan

WASHINGTON, 2 April- Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada masyarakat Islam di negara itu dan di seluruh dunia.

"Saya dan isteri (Jill) mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada masyarakat Islam di AS dan di seluruh dunia.

“Masyarakat bersama berkumpul mengamalkan sikap memaafkan dan berdaya tahan, menunjukkan rasa simpati dan kemurahan hati kepada mereka yang memerlukan serta menyambutnya dengan penuh kenikmatan bersama insan tersayang," katanya menerusi satu ciapan di laman Twitter.

Beliau berkata "kita juga mesti meneruskan" usaha menyokong golongan rentan, mereka yang memerlukan dan yang sedang menghadapi kesukaran.

Amerika Syarikat terdahulu menyatakan komitmen, bersuara untuk hak asasi manusia, termasuk untuk Uyghur di China, Rohingya di Myanmar serta masyarakat Islam lain di seluruh dunia. 

"Daripada keluarga Biden kepada anda, dan dari Rumah Rakyat ke rumah anda, Jill dan saya berharap anda dan insan tersayang sentiasa diberkati dan sejahtera. Ramadan Kareem!," katanya.


(Ciapan Joe Biden di laman Twitter, mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan)

Media Baharu