fb fb fb fb fb

Will Smith letak jawatan

LOS ANGELES, 2 April- Bintang Hollywood, Will Smith semalam meletak jawatan daripada Akademi Seni dan Sains Motion Picture selepas beliau bertindak menampar muka pelawak, Chris Rock di pentas Anugerah Oscar hujung minggu lalu.

Beliau berkata, tindakannya itu adalah mengejutkan, menyakitkan dan tidak boleh dimaafkan.

"Ramai yang telah saya sakiti termasuk Chris, keluarganya, kenalan, insan tersayang, semua hadirin dan penonton di rumah.

Saya telah khianati kepercayaan akademi, saya telah merampas peluang calon dan pemenang untuk meraikan dan diraikan pada malam itu hasil kerja luar biasa mereka selama ini," katanya menyesal.

Terdahulu hadirin yang menyaksikan anugerah berprestij itu dikejutkan dengan insiden serangan tersebut selepas Rock membuat jenaka mengenai isterinya Jada Pinkett Smith yang menghidap alopecia.

Setengah jam selepas itu, Smith telah dianugerahkan pelakon lelaki terbaik Oscar untuk peranannya dalam biopik sukan "King Richard".

(Will Smith menang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Oscar / foto AFP)

Terdapat laporan bercanggah sejak beberapa hari lalu yang mendakwa Smith diminta meninggalkan majlis itu, namun akademi berkenaan menyatakan dia enggan pergi.

Akademi turut memberitahu, tindakan tatatertib akan diambil terhadap Smith dan memberi amaran dia bakal berdepan pengusiran yang jarang berlaku.

Bagaimanapun, Smith pada Jumaat telah mendahului hukuman tersebut dengan meletak jawatan dan sedia menerima sebarang tindakan.

"Saya mahu memberi tumpuan semula kepada mereka yang patut diberi tumpuan atas pencapaian mereka dan membenarkan akademi kembali melakukan kerja luar biasa untuk menyokong kreativiti dan kesenian dalam perfileman," katanya. -AFP

Media Baharu