fb fb fb fb fb

Jerman mahu tambah aset ketenteraan, perkasa pertahanan negara pasca perang Rusia-Ukraine

(FOTO AFP)

BERLIN, 16 Mac - Jerman berhasrat menambah aset ketenteraan dengan mendedahkan rancangannya membeli 35 jet pejuang F-35 buatan Amerika Syarikat (AS).

Ia sebagai langkah memperkasa pertahanan negara itu pasca pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Menurut Menteri Pertahanan, Christine Lambrecht, pembelian tersebut bagi menggantikan jet Tornado Jerman yang telah berusia beberapa dekad.

Ia juga akan turut diperkuat dengan tambahan 15 jet jenis Eurofighter yang mampu melakukan misi memintas dan memusnah sasaran.

Ujar beliau lagi, langkah progresif ini akan turut memanfaatkan keahlian Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara NATO yang kini terpalit krisis Rusia-Ukraine.


(Foto fail/AFP)

Sejak berdekad, pesawat jenis Tornado Jerman telah menjadi benteng pertama angkasa NATO yang berkemampuan membawa bom nuklear.

Cadangan pembelian tersebut dilihat pemerhati sebagai langkah tepat Berlin dan sudah tiba masanya negera itu mengembangkan aset tentera miliknya selepas disekat kerana didapati bersalah dalam Perang Dunia Ke-2.

Media Baharu