WASHINGTON, 16 Mac- Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden umum sokongan keselamatan terbaharu sebanyak AS$800 juta kepada Ukraine.
Kenyataan pegawai rasmi White House bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci mengenai bantuan tersebut.
Biden sudah meluluskan bantuan AS$200 juta dalam bentuk peralatan ketenteraan tambahan ke Ukraine pada Sabtu lalu.
(Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mengemukakan rayuan baharu bantuan kewangan
untuk Kyiv kepada Kongres Amerika - FOTO AFP)
Ia hadir menerusi peruntukan lebih AS$350 juta diluluskan Washington, untuk tujuan peralatan ketenteraan pada 26 Februari lalu yang merupakan pakej terbesar dalam sejarah Amerika.
Pegawai Rumah Putih itu bagaimanapun tidak memberikan butiran mengenai apa yang akan dimasukkan dalam bantuan keselamatan yang akan diumumkan nanti.
Pengumunan baharu itu setelah Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mengemukakan rayuan baharu bantuan kewangan untuk Kyiv kepada Kongres Amerika. -AFP