fb fb fb fb fb

AS bimbang hubungan rapat China-Rusia

(FOTO AFP)

ROME, 16 Mac - Amerika Syarikat (AS) menyatakan kebimbangan terhadap hubungan rapat yang ditunjukkan Beijing – Moscow ketika ini.

Penasihat keselamatan negara AS, Jake Sullivan dalam pertemuan bersama diplomat China, Yang Jiechi, memberi amaran Beijing bakal berdepan tindakan jika membantu Rusia dalam kempennya terhadap Ukraine.

Dalam pertemuan yang berlangsung di Rome itu, China dengan jelas menafikan sebarang bentuk bantuan sama ada ketenteraan mahu pun ekonomi kepada Rusia.

China turut meminta AS bagi menyediakan bukti atas tuduhan tersebut.


(Foto fail/AFP)

Sementara itu Setiausaha Akhbar White House, Jen Psaki mengesahkan pertemuan tersebut dan sekali lagi menyatakan pendirian AS dan sekutunya NATO.

Perang di Ukraine berlarutan sejak pencerobohan tentera Rusia pada 23 Februari lalu.

Pelbagai sekatan dikenakan ke atas Moscow, antaranya sekatan ekonomi dan sosial termasuk larangan keluar dan masuk penerbangan komersil.

Media Baharu