fb fb fb fb fb

Jerman mahu rundingan serius, bermanfaat dengan AS berhubung isu tarif

Jerman pertahankan EU

Berlin, 25 Mei – Susulan pengumuman terbaharu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengancam untuk mengenakan tarif 50 peratus ke atas import dari Kesatuan Eropah, Menteri Kewangan Jerman, Lars Klingbeil, menyeru agar rundingan serius dilaksanakan segera bagi mengatasi isu tersebut.

Ujarnya, jika perlaksanaan tarif tersebut dikuatkuasakan, ia bakal meningkatkan kadar cukai semasa Washington yang berjumlah 10 peratus, dan membangkitkan ketegangan yang semakin memuncak antara dua ekonomi besar dunia.

"Kita tidak memerlukan provokasi lebih lanjut, tetapi perundingan yang serius dan memberi manfaat," katanya.

Tambah beliau, pihaknya telah bercakap dengan rakan sejawatnya dari AS, Scott Bessent, mengenai perkara tersebut dan menekankan tekad Jerman untuk mempertahankan hak Kesatuan Eropah. - AFP

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN