fb fb fb fb fb

Beijing mahu terus perkukuh hubungan, kerjasama dengan Jakarta

Foto REUTERS

Jakarta, 25 Mei - Beijing komited memperkukuh hubungan dua hala serta kerjasama dalam pelbagai bidang dengan Jakarta.

Ia dinyatakan Perdana Menteri China, Li Qiang ketika lawatnya ke Indonesia hari ini menjelang sidang kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur.

Ketika bertemu Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, Li menyatakan hasrat Beijing untuk terus menjalin kerjasama bersama negara dengan ekonomi terbesar di Asia Tenggara itu.

"Dengan semangat dan tradisi persahabatan, China mahu kerjasama dengan Indonesia diteruskan," kata Li.

Dalam masa sama Prabowo turut menegaskan semula hubungan rapat dan baik kedua-dua negara itu.

"Indonesia bersedia untuk mewujudkan kawasan yang selamat dan makmur. Indonesia bersedia untuk memperkukuhkan kerjasama dengan China untuk kita bersama-sama mencipta kawasan yang aman, yang selamat untuk semua," ujar Prabowo.

Dalam pertemuan tersebut, Prabowo dan Li turut menyaksikan sisi tanda tangan beberapa perjanjian dalam bidang pembangunan ekonomi, kewangan, sektor pelancongan, kesihatan, pelaburan, dan media. - REUTERS

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN