fb fb fb fb fb

Ibu hamil antara yang terbunuh dalam serangan udara terbaharu Israel

Foto Arkib

GAZA, 25 Mei - Lapan terbunuh termasuk seorang ibu hamil dalam serangan udara terbaharu tentera Israel yang turut mencederakan beberapa orang yang lain.

Menurut Jurucakap pertahanan awam, Mahmud Bassal, serangan tersebut menyasarkan sebuah rumah di Jabalia, Utara Gaza serta khemah-khemah pelarian di sekitar Nuseirat di tengah Gaza.

Sekurang-kurangnya 3,747 orang dilaporkan terkorban sejak pencabulan gencatan senjata oleh Israel pada 18 Mac lalu, menjadikan jumlah korban perang mencecah 53,901 orang yang kebanyakannya melibatkan orang awam. - AFP

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN