SHIZUOKA, 30 Julai - Jepun mengeluarkan arahan perpindahan kepada penduduk pesisir pantai Atami, susulan bimbang kawasan tersebut dilanda tsunami yang tercetus akibat gempa bumi berukuran 8.8 skala ritcher di Kamchatka, Rusia.
Orang ramai diarah sentiasa berjaga-jaga dan kekal berada di kawasan tinggi, sekitar tingkat empat bangunan dan ke atas.
Antara kawasan tumpuan, pesisir pantai di timur Jepun, yang pernah musnah akibat gempa bumi kuat dan tsunami pada 2011.
Gempa yang melanda semenanjung Kamchatka itu merosakkan bangunan dan menjana tsunami setinggi 4 meter di daerah tersebut, menjadikan negara-negara pesisir pantai berhampiran mengeluarkan arahan perpindahan dan berjaga-jaga kepada penduduknya.-REUTERS