fb fb fb fb fb

Januari 2025 merekodkan bulan paling panas di dunia

Kebakaran di Pacific Palisades, Los Angeles/ Reuters

BRUSSELS, 6 Februari- Januari 2025 merekodkan bulan paling panas di dunia walaupun berlaku peralihan ke arah La Nina, kata saintis Kesatuan Eropah (EU) pada Khamis.

Januari melanjutkan tempoh haba luar biasa berikutan 18 daripada 19 bulan lepas menyaksikan suhu global purata lebih daripada 1.5 darjah Celsius (°C) melebihi zaman pra-industri, kata Perkhidmatan Perubahan Iklim (C3S) Copernicus EU.

Ia berlaku walaupun dunia beralih daripada corak pemanasan El Nino dan beralih ke La Nina melibatkan penyejukan lautan Pasifik yang boleh mengawal suhu global.

"Hakikat bahawa kami masih melihat rekod suhu di luar pengaruh El Nino adalah sedikit mengejutkan," kata Ketua Strategik C3S EU Samantha Burgess.

Menurut Burgess corak El Nino memuncak lebih setahun lalu dan purata suhu global pada Januari adalah 1.75°C lebih tinggi berbanding zaman pra-industri.

Copernicus menilai bahawa La Nina masih awal dan dunia kini berada dalam keadaan neutral antara dua fasa.

Sementara itu saintis Amerika Syarikat (AS) melaporkan pembentukan La Nina mula terbentuk.

Namun menurut Burgees, sekiranya La Nina berada pada tahap kemuncak kesan penyejukannya mungkin tidak mencukupi untuk mengawal suhu global buat sementara waktu.

Ia berikutan dipengaruhi faktor lain seperti haba melampau yang dilihat di lembangan lautan lain,perubahan iklim dunia dan pelepasan gas rumah hijau..

"Setakat ini faktor penyumbang terbesar kepada iklim pemanasan kita ialah pembakaran bahan api fosil," katanya.

Para saintis di Berkeley Earth dan UK Met Office meramalkan 2025 dijangka menjadi tahun ketiga paling panas dalam rekod.- Reuters

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI