fb fb fb fb fb

Kementerian Luar, Perdagangan dan Pertahanan Korea Selatan sekat akses DeepSeek

Foto AFP

SEOUL, 6 Februari- Kementerian Luar, Perdagangan dan Pertahanan Korea Selatan telah menyekat akses DeepSeek daripada komputer tentera dan akses dihadkan buat sementara waktu pada semua komputer dalam agensi itu.

Tindakan berkenaan berikutan permintaan daripada Suruhanjaya Perlindungan Maklumat Peribadi (badan pemerhati data) negara itu.

Ia bagi mengenal pasti fungsian kecerdasan buatan (AI) dari China itu dalam mengurus maklumat pengguna.

DeepSeek melancarkan chatbot R1 bulan lepas, mendakwa ia sepadan dengan kapasiti penentu kadar AI di Amerika Syarikat (AS) untuk sebahagian kecil daripada pelaburan.

Dalam pada itu Korea Selatan, bersama-sama dengan negara seperti Perancis dan Itali, telah mengemukakan pertanyaan bertulis kepada DeepSeek untuk mendapatkan maklumat tentang cara syarikat itu mengendalikan data pengguna.

"Langkah-langkah menyekat DeepSeek telah dilaksanakan khusus untuk komputer berkaitan kerja tentera dengan Internet," kata seorang pegawai kementerian kepada AFP.

Bagaimanapun kementerian berkenaan masih belum menerima jawapan daripada DeepSeek berhubung pertanyaan dikemukakan Suruhanjaya Perlindungan Maklumat Peribadi.

"Kami telah menyekat DeepSeek buat sementara waktu kerana ia tidak menjawab pertanyaan Suruhanjaya Perlindungan Maklumat Peribadi," kata seorang pegawai kepada AFP.

Minggu lepas, Itali melancarkan siasatan ke atas model R1 DeepSeek dan menyekatnya daripada memproses data pengguna Itali.

Australia juga telah mengharamkan DeepSeek daripada semua peranti kerajaan atas nasihat agensi keselamatan.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI