TEXAS, 2 Februari- Seekor bayi gorila pramatang berjaya dilahirkan secara pembedahan caesarean di Zoo Fort Worth di sini pada awal Januari lalu.
Bayi dinamakan sebagai Jameela itu dilahirkan pada usia 12 minggu.
Ibunya, Sekani, gorila berusia 33 tahun pada awalnya dijangka melahirkan anak secara semula jadi antara awal hingga pertengahan Februari lepas.
Bagaimanapun, komplikasi timbul apabila Sekani menunjukkan simptom pra-eklampsia iaitu keadaan yang dicirikan oleh tekanan darah tinggi ketika hamil.
Namun apa lebih menyedihkan adalah Sekani "menolak" kehadiran bayinya itu selepas proses kelahiran tersebut.
Sejak itu, doktor haiwan berusaha mencari "ibu angkat" untuk Jameela sebelum seekor ibu gorila di Zoo Cleveland Metroparks menunjukkan minat terhadapnya.
Jameela kini ditempatkan di zoo terbabit dan hubungan kedua-dua haiwan terancam tersebut dipantau rapi oleh doktor. -AFP