ROME, 27 Jun - Kementerian Kesihatan Itali mengeluarkan amaran merah kepada penduduk tempatan dan pelancong berikutan lonjakan suhu yang melanda seluruh negara.
Sebanyak 21 bandar dijangka mengalami cuaca panas melampau hujung minggu ini, melibatkan Rome, Milan dan Venice.
Suhu dijangka mencecah hingga 37 darjah Celsius (99 darjah Fahrenheit) di beberapa kawasan.
Orang ramai dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar antara jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang, serta mencari perlindungan di kawasan berhawa dingin jika perlu.
Pada Sabtu bacaan suhu di Venice diramalkan mencecah 32°C.
Di Florence, yang sudah berada dalam status amaran merah pada Jumaat dan suhu dijangka mencapai 37°C pada Sabtu.
Manakala pada Ahad, suhu diramalkan meningkat hingga 36°C di Rome, Milan dan Naples.
Pihak berkuasa bandar turut menempatkan ambulans dan pasukan perubatan di lokasi-lokasi pelancongan popular seperti Colosseum bagi menghadapi sebarang kecemasan berkaitan cuaca panas. - AFP