fb fb fb fb fb

Israel tumbangkan puluhan pokok zaitun milik rakyat Palestin

Foto REUTERS

BETHLEHEM, 5 Disember- Puluhan pokok zaitun milik penduduk Palestin ditumbangkan tentera Israel di bandar Nahalin, barat Bethlehem.

Memetik Agensi Berita Palestin (WAFA), Pengarah Pejabat Suruhanjaya Penentangan Tembok dan Penempatan Bethlehem, Hassan Breijieh berkata tentera Israel menumbangkan 31 pokok zaitun di tanah milik persendirian di barat daya bandar itu.

"Tentera Israel turut mencabut anak pokok zaitun di kawasan berkenaan.

"Rejim zionis bertindak sedemikian untuk memastikan penduduk Palestin tidak mendapat sebarang manfaat daripada tumbuhan tersebut," katanya.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM