fb fb fb fb fb

Israel tahan pesakit, serbu hospital di Tebing Barat

Foto AFP

NABLUS, 5 Disember- Kementerian Kesihatan Palestin mengecam tindakan pasukan Israel yang menyerbu sebuah hospital di Nablus, Tebing Barat, semalam.

Menurut kementerian itu, pasukan berkenaan turut menahan seorang pesakit yang sedang dirawat di hospital tersebut.

"Serbuan tersebut sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap semua undang-undang dan konvensyen antarabangsa yang menjamin perlindungan pusat rawatan dan pesakit.

"Rakyat Palestin yang ditahan itu berasal dari kawasan berhampiran Tubas, utara Tebing Barat," menurut kenyataan tersebut.

Kementerian Kesihatan Palestin turut menyeru pihak antarabangsa dan Palang Merah untuk campur tangan bagi menghentikan serangan penceroboh ke atas pusat rawatan dan kakitangan, serta menuntut perlindungan segera untuk sistem kesihatan dan semua komponennya. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM