fb fb fb fb fb

Israel tahan lelaki Palestin, pukul dengan kejam

Foto Fail

JENIN, 10 Mac- Seorang lelaki Palestin diserang dengan kejam oleh penjajah Israel di selatan Jenin, Tebing Barat.

Memetik agensi berita Palestin (WAFA), mangsa membabitkan seorang penduduk bandar Jaba', dikenali Imad Khalil Alawneh, 50 tahun.

Menurut Alawneh, beliau dipukul dengan kejam oleh beberapa penjajah Israel, selain dipaksa menanggalkan pakaiannya ketika berada di kawasan pergunungan di pinggir bandar itu.

"Penjajah telah menahan saya selama kira-kira dua jam, sebelum memindahkan saya ke pos Homesh, di mana mereka kemudian menyerahkan saya kepada tentera.

"Tentera menutup mata dan menggari tangan saya selama empat jam.

"Saya terus ke Hospital Kerajaan Jenin selepas dibebaskan tentera kerana mengalami kecederaan," kata Alawneh kepada WAFA.

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM