fb fb fb fb fb

Serangan udara Israel bunuh 5 rakyat Palestin

Foto WAFA

GAZA, 10 Mac- Lima rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan dua buah rumah di bandar Deir al-Balah,  tengah Gaza, semalam.

Memetik agensi berita Palestin (WAFA), saksi melaporkan bahawa serangan itu juga menyebabkan beberapa mangsa terperangkap di bawah runtuhan rumah yang menjadi sasaran.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, pencerobohan Israel yang berterusan di Gaza sejak Oktober tahun lalu mengakibatkan lebih 30,960 rakyat Palestin terkorban, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Serangan berkenaan turut menyebabkan 72,524 orang lagi mengalami kecederaan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM