fb fb fb fb fb

Israel serang Tebing Barat selepas gencatan senjata Gaza

Foto AFP

BAITULMAQDIS, 10 Februari- Israel terus melancarkan perang habis-habisan terhadap rakyat Palestin.

Memetik agensi berita Palestin (WAFA), menurut organisasi hak asasi manusia Israel, B'Tselem, sejak gencatan senjatan dimulakan di Gaza, Israel terus menyasarkan serangan di Tebing Barat.

"Penjajah (Israel) menyerang komuniti (Tebing Barat) hampir setiap malam minggu lepas, kadang-kadang dengan tentera yang berdiri di sisi.

"Sejak gencatan senjata dimulakan pada 19 Januari, kami telah menyaksikan lebih banyak serbuan tentera ke atas bandar-bandar dan kampung-kampung di Tebing Barat, yang sehingga kini membunuh puluhan orang," lapor WAFA.

Organisasi tersebut turut melampirkan sebuah klip video dalam perkongsian mereka di X,  yang memperlihatkan serangan dilakukan oleh Israel terhadap penduduk Tebing Barat sepanjang bulan lalu.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM