GAZA, 17 Oktober - Israel menyerahkan 30 lagi jenazah rakyat Palestin kepada Hospital Nasser di selatan Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan yang telah dipulangkan meningkat kepada 120 jenazah.
Pengecaman mayat dikenal pasti melalui tanda lahir dan juga susunan gigi mangsa.
Penyerahan itu dilakukan di bawah perjanjian gencatan senjata yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza penghantaran jenazah dilakukan melalui lintasan selatan Gaza dengan kawalan ketat tentera Israel.
Sementara itu, Hamas mengesahkan telah menyerahkan dua lagi jenazah warga Israel selepas semua mayat tawanan yang dapat dikenal pasti telah dikembalikan. - AFP