GAZA, 17 Oktober - Imej satelit menunjukkan deretan lori bantuan beratur di lintasan Rafah menuju ke selatan Gaza, namun Israel masih belum membenarkan pembukaan semula laluan itu untuk rakyat Palestin.
Lintasan Rafah tidak akan dibuka bagi penghantaran bantuan kemanusiaan kerana tidak termaktub dalam perjanjian gencatan senjata.
Sebaliknya, semua barangan bantuan ke Gaza akan disalurkan melalui lintasan Kerem Shalom yang dikawal rejim Israel.
Sehingga kini, 600 lori bantuan telah dibenarkan masuk ke Gaza sejak Rabu.
Ketua Pejabat Media Gaza, Ismail Al-Thawabta, berkata jumlah bantuan yang diterima tidak mencukupi berbanding keperluan sebenar lebih dua juta penduduk yang kini kehilangan tempat tinggal dan bekalan asas. - REUTERS