BAITULMAQDIS, 8 Disember - Ketua Angkatan Tentera Israel, Leftenan Jeneral Eyal Zamir menyatakan garisan penandaan menjadi lokasi berundurnya pasukan Israel di Gaza sebagai “sempadan baharu”.
Dalam kenyataan tentera rejim pada Ahad Zamir berkata, Israel kini mempunyai kawalan operasi ke atas sebahagian besar wilayah Gaza dan akan kekal bertahan di garisan tersebut.
“Garisan Kuning merupakan sempadan baharu,menjadi barisan pertahanan hadapan bagipasukan kami dan zon operasi,” katanya.
Di bawah gencatan senjata yang dipersetujui Amerika Syarikat antara Israel dan Hamas, pasukan Israel ditempatkan semula ke kawasan di belakang apa yang dikenali sebagai Garisan Kuning.-AFP