fb fb fb fb fb

Israel didakwa langgar gencatan senjata, Mesir mahu pemantau antarabangsa

Foto AFP

KAHERAH, 6 Disember - Mesir menyeru pengerahan segera pasukan pemantau gencatan senjata antarabangsa di Gaza di bawah fasa kedua perjanjian damai.

Menteri Luar, Badr Abdelatty, berkata Israel didakwa melanggar gencatan senjata setiap hari dan menegaskan kehadiran pemantau amat diperlukan.

“Bagi Pasukan Penstabilan Antarabangsa, kita perlu mengerahkan pasukan ini secepat mungkin di lapangan kerana satu pihak, iaitu Israel, setiap hari melanggar gencatan senjata, jadi kita memerlukan pemantau,” katanya pada Sabtu.

Beliau turut menegaskan pintu sempadan Rafah Mesir ke Gaza tidak akan dijadikan laluan pemindahan penduduk.

Sebaliknya hanya untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan dan perubatan ke Gaza.

AZRUL FAIZAL JUSOH