BAITULMAQDIS, 4 November - Tentera Israel mendakwa seorang komander tertinggi Hizbullah terbunuh dalam serangan udara di selatan Lubnan.
Menurut kenyataan tentera Israel, rejim itu telah membunuh komander Hizbullah Abu Ali Rida, bagi kawasan Baraachit di selatan Lubnan.
Israel terus menggempur sasaran Hizbullah di Lubnan sejak perang antara kedua-dua pihak tercetus pada akhir September.
Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Israel telah membunuh beberapa komander dan pemimpin tertinggi Hizbullah termasuk bekas ketua Hassan Nasrallah. - AFP