fb fb fb fb fb

Israel bunuh kanak-kanak 11 tahun di Tebing Barat

Foto AFP

RAMALLAH, 17 Oktober- Seorang kanak-kanak Palestin berusia 11 tahun, Mohammad Hallaq, ditembak mati oleh tentera Israel di bandar Al-Rihiya, selatan Hebron, menurut keluarga dan pihak berkuasa kesihatan Palestin pada Jumaat.

Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan peluru menembusi pelvis kanak-kanak tersebut ketika tentera Israel sedang berdepan sekumpulan remaja lain.

Ayed Abu Eqtaish dari Defence for Children International Palestine berkata kejadian berlaku sekitar pukul 5.00 petang waktu tempatan, selepas itu Hallaq dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia.

Kematian Hallaq menambah senarai kanak-kanak dan remaja yang ditembak oleh tentera Israel di Tebing Barat pada 2025 termasuk seorang remaja Palestin warganegara AS ditembak mati oleh tentera pada April, diikuti seorang remaja 14 tahun di Sinjil pada Jun dan seorang lagi 15 tahun pada Julai.

Sementara itu, seorang lagi rakyat Palestin, Mahdi Kamil, 20 tahun juga terbunuh oleh tentera Israel di bandar Qabatiya.

Kementerian Kesihatan Palestin merekodkan sekurang-kurangnya 986 rakyat Palestin terkorban di Tebing Barat. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM