fb fb fb fb fb

Israel bebas dua tebusan, 74 rakyat palestin lagi terbunuh

Kediaman penduduk Palestin musnah dalam serangan yang dilakukan rejim zionis/REUTERS

BAITULMAQDIS, 13 Februari- Operasi menyelamat dua tebusan yang ditahan Israel mengorbankan 74 rakyat Palestin di bandar selatan Gaza.

Fernando Simon Marman, 60, dan Louis Hare, 70, dibebaskan tentera rejim zionis itu.

Mereka adalah antara 250 orang dijadikan tebusan dalam serangan ke atas Gaza pada 7 Oktober lalu.

Sebahagian besar Gaza telah musnah, dengan 28,340 rakyat Palestin mati dan 67,984 cedera. Namun menurut pegawai kesihatan Gaza ramai lagi penduduk dipercayai tertimbus di bawah runtuhan.

Washington mengalu-alukan pembebasan tebusan, tetapi dan mendesak Israel untuk gencatan senjata serta meningkatkan bantuan untuk Gaza.

Jurucakap Keselamatan Negara White House John Kirby, memberitahu wartawan bahawa beberapa kemajuan telah dicapai dalam rundingan ke arah menghentikan pertempuran tetapi masih banyak perkara perlu dilakukan.

Stesen televisyen Palestin, Palestine TV, berkata 74 rakyat Palestin terbunuh dalam operasi Israel di Rafah.

Sementara itu wartawan Reuters di lokasi kejadian di Rafah melihat kawasan runtuhan yang luas termasuk bangunan dan masjid. Hampir kesemuanya musnah.

"Saya telah mengumpul bahagian badan keluarga saya sejak pagi," kata Ibrahim Hassouna, ketika seorang wanita melutut di atas mayat seorang kanak-kanak kecil berhampiran. "Saya hanya mengenali jari kaki atau jari tangan mereka."- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI