fb fb fb fb fb

Enam cedera, seorang kritikal dalam tembakan kereta api bawah tanah New York

Foto hiasan

NEW YORK, 13 Februari- Enam orang cedera dengan seorang lagi berada dalam keadaan kritikal berikutan kejadian tembakan di stesen kereta api bawah tanah New York pada petang Isnin, kata anggota bomba.

Pihak berkuasa telah dimaklumkan kira-kira 430 petang waktu tempatan dan seorang penumpang berada dalam keadaan kritikal dibawa ke hospital, sementara itu empat yang lain dalam keadaan serius dan seorang cedera ringan, kata jabatan bomba. Bagaimanapun tiada motif berkenaan tembakan itu.

Detektif polis dan ejen dari Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Bahan Letupan berada di tempat kejadian menjalankan pencarian cap jari berikutan tembakan.

"Kami berada di tempat kejadian di Stesen Mount Eden Avenue di (kereta api bawah tanah) di Bronx. Elakkan kawasan itu dan gunakan laluan alternatif," kata Timbalan Pesuruhjaya Polis New York Kaz Daughtry.

Tembakan besar-besaran adalah perkara biasa di Amerika Syarikat kerana kira-kira satu pertiga daripada orang dewasa memiliki senjata api.

Tinjauan menunjukkan majoriti rakyat Amerika memihak kepada peraturan senjata lebih ketat namun ia tidak mendapat sokongan daripada penyokong budaya hak senjata. Ia telah menghalang penggubal undang-undang daripada mengambil tindakan berkenaan senjata api.

Bagaimanapun New York mempunyai kadar pembunuhan lebih rendah berbanding kebanyakan bandar utamanya, dan pemilikan senjata api dalam kalangan masyarakat di tempat umum adalah haram bagi orang awam.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI