RAMALLAH, 22 April- Tentera Israel melepaskan gas pemedih mata beracun ke arah penduduk Palestin dalam serangan terbaharunya di Kampung Burqa, timur Ramallah, malam tadi.
Memetik agensi berita Palestin (WAFA), Ketua Majlis Kampung Burqa, Sayel Kanaan berkata penjajah Israel menyerang kampung berkenaan dari bahagian utara dan barat.
Jelasnya, tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden itu.
Menerusi serangan terbabit, penjajah Israel turut membakar sebuah kandang ternakan milik penduduk Palestin.
"Kandang berkenaan digunakan untuk menternak kambing biri-biri.
"Ia milik penduduk tempatan," katanya kepada WAFA di sini.