fb fb fb fb fb

Dua terbunuh dalam tragedi tembakan terbaharu di AS

FOTO HIASAN

WASHINGTON, 21 April- Dua orang terbunuh dan enam lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah parti pada Sabtu di bandar Memphis AS.

"Dua orang ditemui mati di tempat kejadian, dan seorang daripada enam yang cedera berada dalam keadaan kritikal di hospital"kata Jabatan Polis Memphis di platform media sosial X.

Tembakan itu berlaku di sebuah parti yang dihadiri kira-kira 200 hingga 300 orang berhampiran Taman Orange Mound di Tennessee, kata jabatan itu.

Keganasan senjata api adalah perkara biasa di Amerika Syarikat, sebuah negara yang mempunyai lebih banyak senjata api daripada manusia.

Amerika Syarikat telah merekodkan 120 insiden tembakan besar-besaran tahun ini, menurut Arkib Keganasan Senjata, sebuah pertubuhan bukan kerajaan.

Tahun sebanyak 656 kes tembakan dicatatkan.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE