fb fb fb fb fb

Iraq hantar pulang 142 keluarga suspek Daesh dari kem Syria

(Kem Al-Hol yang menempatkan saudara-mara kepada suspek anggota militan
Daesh, kata tentera Amerika Syarikat dan seorang pegawai Iraq/Foto AFP)

MOSUL, 19 Julai- Iraq telah menghantar pulang 580 penduduk kem pemindahan Al-Hol Syria yang menempatkan saudara-mara kepada suspek anggota militan Daesh, kata tentera Amerika Syarikat dan seorang pegawai Iraq.

Komando Pusat tentera AS dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa "142 keluarga terdiri daripada 580 orang" telah dipindahkan ke kemudahan Jadaa Iraq pada 14 Januari.

Kem Jadaa terelatak di kawasan berhampiran bandar utara Mosul yang disediakan oleh pihak berkuasa Iraq sebagai pusat "pemulihan" bagi mereka yang pulang dari Syria.

Penasihat Keselamatan Negara Iraq, Qassem al-Araji menerusi akaun Twitter menyatakan pemindahan itu adalah hasil usaha kerajaan Iraq.

Kem Al-Hol yang dikendalikan oleh Kurdish Syria di utara negara itu, menempatkan lebih 50,000 orang termasuk ahli keluarga yang disyaki militan Daesh serta pelarian Syria dan Iraq yang kehilangan tempat tinggal.

Ia merupakan kem terbesar bagi orang kehilangan tempat tinggal yang melarikan diri selepas militan Daesh diusir dari wilayah terakhir mereka di Syria pada 2019.

Menurut Baghdad, ratusan keluarga Iraq telah dipindahkan dari Al-Hol ke Jadaa sejak Mei 2021.

Pada Disember tahun itu, pihak berkuasa Iraq menyatakan hasrat untuk menutup Jadaa, kem terakhir yang melindungi orang kehilangan tempat tinggal di Iraq di luar wilayah autonomi Kurdistan. -AFP

(Iraq hantar pulang 142 keluarga suspek Daesh dari kem Syria/AFP)

Media Baharu