fb fb fb fb fb

Iran pertahan hak guna nuklear secara aman

Masoud Pezeshkian

TEHRAN, 25 Jun - Presiden Iran, Masoud Pezeshkian menegaskan bahawa negaranya tidak bercita-cita untuk memiliki senjata nuklear malah mahu mempertahankan hak penggunaan tenaga tersebut secara aman.

Dalam perbualan telefon bersama Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mohammed bin Zayed, Pezeshkian berkata kedua-dua negara tidak boleh melakukan paksaan terutama melalui kekerasan.

“Kami harap anda dapat menyampaikan kepada Amerika Syarikat, bahawa Republik Islam Iran hanya menuntut hak-hak sahnya.

“Iran tidak pernah berhasrat untuk mendapatkan senjata nuklear dan tidak akan mencarinya,” katanya sambil menyatakan Iran bersedia menyelesaikan isu-isu berkaitan melalui meja rundingan.

Kenyataan terebut dibuat ketika gencatan senjata antara Iran dan Israel mula dikuatkuasakan selepas 12 hari pertempuran, termasuk serangan oleh Amerika Syarikat terhadap kemudahan nuklear Iran. - AFP

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN