fb fb fb fb fb

Iran kemuka cadangan nuklear kepada AS dalam masa terdekat

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baqaei /AFP

TEHRAN, 9 Jun- Iran akan mengemukakan cadangan balas mengenai perjanjian nuklear dengan Amerika Syarikat (AS) dalam masa terdekat.

Kenyataan itu susulan Tehran menyifatkan tawaran Washington adalah tidak jelas.

Perkembangan mengenainya dinyatakan Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baqaei.

"Kami akan mengemukakan pelan perancangan kami kepada pihak Amerika melalui pengantara Oman sebaik saja ia dimuktamadkan.

"Ia merupakan cadangan munasabah, logik dan seimbang dan kami amat mengesyorkan agar pihak Amerika menghargai peluang ini.

"Sudah tentu ia menjadi kepentingan Amerika untuk mempertimbangkan secara serius cadangan ini," kata Baqaei dalam satu sidang media mingguan.

Terdahulu dilaporkan Iran-Amerika telah mengadakan lima pusingan rundingan untuk merangka perjanjian baharu nuklear sejak April.

Ia bagi menggantikan perjanjian dengan kuasa-kuasa besar yang ditinggalkan oleh Presiden Donald Trump, semasa penggal pertamanya pada 2018.

MOHAMAD KHAIRIE KHALID