fb fb fb fb fb

Iran hukum gantung lima lelaki atas kesalahan rogol berkumpulan

(Iran menjatuhkan hukuman mati lima lelaki selepas disabit kesalahan merogol secara
berkumpulan seorang wanita di barat laut negara itu tahun lalu/ REUTERS)

TEHRAN, 9 Ogos- Iran menghukum mati lima lelaki selepas disabitkan kesalahan merogol beramai-ramai seorang wanita di barat laut negara itu tahun lepas, menurut badan kehakiman.

“Lima lelaki yang telah menculik dan merogol seorang wanita di bandar Marand pada Mei 2022 telah dihukum bunuh hari ini,” kata badan kehakiman di laman web Mizan Online.

Lelaki itu, yang ditahan empat hari selepas rogol berkumpulan di wilayah Azerbaijan Timur juga terbabit dalam jenayah lain.

Bulan lalu, Iran menghukum mati tiga lelaki yang disabitkan kesalahan merogol wanita yang telah dibius selepas terpedaya dengan iklan rawatan kosmetik daripada klinik estetik palsu.

Mereka didapati bersalah bersubahat dalam pelbagai kes serangan seksual di wilayah selatan Hormozgan pada akhir 2021, lapor Mizan.


(FOTO AFP)

Kumpulan hak asasi manusia Amnesty International berkata Iran menghukum mati lebih ramai orang berbanding negara lain kecuali China dan menggantung sekurang-kurangnya 582 orang tahun lalu iaitu jumlah tertinggi sejak 2015.

Amnesty berkata pihak berkuasa di Iran telah "meningkatkan dengan ketara jumlah keseluruhan pelaksanaan bagi semua jenayah, dengan sekurang-kurangnya 282 orang telah dihukum mati secara keseluruhan setakat tahun ini.

Ia berkata angka itu hampir dua kali ganda bilangan hukuman mati yang direkodkan pada awal Jun tahun lalu. -AFP

Media Baharu