fb fb fb fb fb

Bandar China mula operasi pembasmian kuman

ZHUOZHOU, 9 Ogos - Pekerja pembasmi kuman memulakan kerja mereka di pasar borong produk pertanian di bandar Zhuozhou selepas air mula surut, bagi mencegah penularan penyakit akibat banjir, lapor penyiar CCTV negeri pada Rabu.

Rakaman dron pada CCTV menunjukkan anggota polis dan jengkaut membersihkan enap cemar semasa kerja-kerja pembasmian kuman selepas banjir sedang dijalankan.

Wilayah Hebei, yang berkongsi sempadan dengan ibu negara Beijing, dilanda hujan lebih setahun minggu lalu, akibat ribut yang menyusuli Taufan Doksuri, dengan Zhuozhou menjadi salah satu bandar yang paling teruk dilanda.

China Utara memberi amaran tentang penyakit tanaman dan haiwan yang merebak apabila air banjir surut dari kawasan luar bandar.

Manakala beberapa bandar bergelut untuk memulihkan bekalan air minuman selepas berlakunya banjir terburuk dalam enam dekad. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu