fb fb fb fb fb

Iran harap kerjasama dengan ASEAN dapat wujudkan kestabilan antarabangsa

Duta Iran ke Indonesia, Mohammad Boroujerdi menzahirkan harapan bahawa kerjasama antara ahli-ahli Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC) dapat membawa kepada kestabilan antarabangsa / Foto IRNA

TEHRAN, 26 Jun - Duta Iran ke Indonesia, Mohammad Boroujerdi menzahirkan harapan bahawa kerjasama antara ahli-ahli Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC) dapat membawa kepada kestabilan antarabangsa.

Memetik laporan Agensi Berita Republik Islam (IRNA), Boroujerdi yang merupakan wakil Iran dalam mesyuarat TAC di Jakarta, Indonesia pada Rabu berkata bahawa kerjasama antara anggota boleh meningkatkan keamanan di rantau ini dan dunia, terutama di wilayah Palestin yang diduduki.

Semasa mesyuarat itu, utusan Iran menjelaskan pendirian negaranya terhadap Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dan TAC.

Presiden Iran, Ebrahim Raisi yang syahid dalam nahas helikopter pada 19 Mei memberi keutamaan kepada kerjasama dengan ASEAN.

TAC ditubuhkan pada 1976 dan mengandungi prinsip-prinsip universal untuk hidup secara aman dan menjalin kerjasama mesra antara negara-negara di Asia Tenggara.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN