fb fb fb fb fb

Indonesia tukar warna, reka bentuk pasport mulai 17 Ogos depan

Gambar hiasan

JAKARTA, 1 Julai - Indonesia akan menukar reka bentuk dan warna pasport mereka berkuat kuasa 17 Ogos depan.

Ketua Pengarah Imigresen Kementerian Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Kemenkumham), Silmy Karim berkata perubahan itu bertujuan untuk memperkukuhkan lagi ciri-ciri keselamatan pada pasport Indonesia.

Menurut beliau, berdasarkan peraturan antarabangsa, keselamatan pasport perlu diperkukuhkan setiap tiga tahun.

"Salah satu aspek keselamatan juga ialah warna. Kemudian, di dalamnya ada, sebagai contoh, perkara yang diperlukan untuk diperiksa. Diberi cahaya UV atau hologram tambahan," kata Silmy.

Rancangan untuk menukar reka bentuk dan warna pasport Republik Indonesia (RI) memang telah diumumkan sejak awal Mac 2024.

Memetik laporan Kompas, sebelum ini, pasport Indonesia mempunyai tiga warna dengan fungsi yang berbeza, iaitu hijau, hitam, dan biru.

Pasport Indonesia hijau digunakan untuk warganegara Indonesia (WNI) yang melakukan perjalanan di luar atau memasuki wilayah Indonesia.

Terdapat pasport hijau elektronik dan pasport hijau bukan elektronik yang mengandungi kesempurnaan data warganegara Indonesia.

Sementara itu, pasport Indonesia hitam berfungsi sebagai pasport diplomatik dengan membuat permohonan kepada pegawai di kementerian atau institusi berkaitan.

Terdapat juga pasport biru, digunakan untuk warganegara Indonesia yang melancong keluar dari Indonesia atau perjalanan rasmi bukan diplomatik.

GRACE AISYAH KEDAYAN