JAKARTA, 7 Disember - Indonesia sedang mempertimbangkan untuk memberikan kemasukan tanpa visa kepada warganegara dari 20 negara, termasuk Amerika Syarikat, China, Australia, India, Korea Selatan, Jerman, Britain dan Perancis untuk meningkatkan pelancongan dan ekonominya, kata Menteri Pelancongannya pada Khamis.
Kerajaan akan memuktamadkan senarai negara yang termasuk dalam peruntukan tersebut dalam tempoh satu bulan, menurut satu kenyataan.
Menteri, Sandiaga Uno berkata Presiden telah mengarahkan kerajaan untuk mempertimbangkan pengecualian visa sebagai cara meningkatkan ekonomi, lawatan pelancongan dan pelaburan.
Terdapat lebih 16 juta ketibaan warga asing di Indonesia sebelum pandemik COVID-19 melanda pada 2019, menurut data rasmi.
Dari Januari hingga Oktober tahun ini, Indonesia menerima 9.49 juta pengunjung asing, meningkat 124.3% daripada tempoh sama pada 2022.
Indonesia adalah negara terbaharu di Asia Tenggara yang mempertimbangkan untuk pengecualian visa kepada China, berikutan Singapura, turut menyatakan pada Khamis, pengecualian visa bersama selama 30 hari dengan negara itu akan dilaksanakan awal tahun depan.
Thailand dan Malaysia baru-baru ini juga telah melaksana pengecualian visa untuk pengunjung dari China dan India.-REUTERS