fb fb fb fb fb

India mulakan rundingan penstrukturan semula hutang dengan Sri Lanka

(FOTO AFP)

COLOMBO, 21 September- India telah memulakan perbincangan dengan Sri Lanka mengenai penstrukturan semula hutang Sri Lanka dan berjanji akan menyokong negara itu yang dilanda krisis terutama melalui pelaburan jangka panjang selepas menyediakan hampir AS$4 bilion bantuan kewangan.

Suruhanjaya Tinggi India di Colombo berkata pihaknya mengadakan rundingan hutang pusingan pertama dengan pegawai Sri Lanka pada 16 September lalu.

"Perbincangan yang diadakan dalam suasana harmoni melambangkan sokongan India kepada penyelesaian awal dan kelulusan program IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa) yang sesuai untuk Sri Lanka," kata Suruhanjaya Tinggi.

Sri Lanka akan membuat pembentangan penuh kepada pemiutang antarabangsa pada hari Jumaat, tentang krisis ekonomi yang dihadapi dan rancangan untuk penstrukturan semula hutang.

Suruhanjaya Tinggi India juga berkata New Delhi akan terus menyokong Colombo "dengan pelbagai cara, khususnya dengan mempromosikan pelaburan jangka panjang dari India dalam sektor ekonomi utama". -REUTERS

(Seorang lelaki menaiki kereta api di pelabuhan Colombo ketika krisis ekonomi di Colombo,
Sri Lanka, pada 20 April lalu/REUTERS)

Media Baharu