fb fb fb fb fb

India haramkan plastik sekali guna

(FOTO AFP)

NEW DELHI, 2 Julai - India mengharamkan penggunaan plastik bermula semalam, 1 Julai 2022.

Ia sebagai usaha untuk menangani masalah sisa buangan plastik yang boleh meracuni hidupan.

Menurut Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), sisa plastik boleh mengambil masa 1,000 tahun untuk terurai jika tidak dikitar semula.

Larangan penggunaan plastik oleh negara India meliputi aspek pengeluaran, import dan penjualan barangan yang diperbuat daripada plastik.

Plastik yang diharamkan adalah barang yang digunakan sekali sahaja dan terus dibuang.

Larangan itu akan memberi ruang kepada industri alternatif kepada plastik untuk berkembang pesat.

Salah satunya, Syarikat Ecoware yang merupakan jenama terbesar di India untuk produk pembungkusan makanan daripada biojisim tumbuhan.

(FOTO AFP)

Laporan oleh Yayasan Minderoo mengatakan bahawa plastik sekali guna menyumbang satu pertiga daripada semua sisa plastik yang dihasilkan di seluruh dunia.

Susulan itu,kerajaan India mengharamkan barangan plastik termasuk belon, batang ais krim, polistirena dan lain lain.

Pegawai pemantau akan menjalankan operasi pemeriksaan bagi memastikan tiada pembekal yang melanggar peraturan tersebut.

Di seluruh dunia, alternatif kepada plastik masih dalam skala kecil, tetapi syarikat teknologi hijau boleh membawa produk mesra alam ke arus perdana.-AFP

Media Baharu