NEW DELHI, 20 Oktober- Lebih 70 ancaman bom palsu terhadap penerbangan yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan India telah dilaporkan minggu ini, mencetuskan ketakutan dalam kalangan penumpang dan menyebabkan kelewatan global, lapor media negara itu hari ini.
Bagaimanapun semua penerbangan dilapor mendarat dengan selamat, tetapi beberapa pesawat terpaksa mendarat di Kanada dan Jerman, manakala jet pejuang dikerahkan untuk mengiringi pesawat di ruang udara Britain dan Singapura.
Kerajaan India dan pihak berkuasa penerbangan awam juga telah memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap individu terlibat.
Sekurang-kurangnya seorang remaja telah ditangkap tetapi ancaman tersebut terus berlanjutan.
Antara penerbangan terjejas termasuk penerbangan Air India dari Mumbai ke New York dan penerbangan Vistara dari New Delhi ke London, yang terpaksa mengubah haluan ke Frankfurt, Jerman. -AFP