fb fb fb fb fb

India dilanda cuaca panas melampau

(FOTO AFP)

NEW DELHI, 23 Mei - Beberapa kawasan di barat laut dan tenggara India bersiap sedia menghadapi cuaca panas melampau.

Amaran cuaca teruk dikeluarkan di New Delhi, ketika suhu ekstrem sedang melanda beberapa kawasan di negara itu.

Jabatan Meteorologi India mengeluarkan amaran gelombang haba bagi tujuh kawasan di selatan dan bahagian tengah India minggu lalu dan memperluaskannya kepada ibu kota dan beberapa lagi kawasan di utara.

(FOTO AFP)

Ini turut memberi amaran bahawa cuaca panas luar biasa akan berterusan selama beberapa hari akan datang.

Ketika suhu mencecah 45 darjah Celcius di wilayah utara Uttar Pradesh, beberapa bahagian lain terputus bekalan elektrik selama lebih 12 jam.

Suhu pada sebelah malam juga meningkat, menyebabkan permintaan bagi bekalan elektrik meningkat untuk menghidupkan alat hawa dingin dan kipas.

Cuaca yang terlampau panas itu menyebabkan 13 orang meninggal dunia bulan lalu di Mumbai, sekali gus mendorong beberapa kawasan menutup semua sekolah selama seminggu.-AFP

Media Baharu