NEW DELHI, 8 Mei- India memberi amaran sebarang tindakan ketenteraan Pakistan akan disambut dengan tindak balas yang sangat tegas.
Amaran diberikan sehari selepas New Delhi melancarkan serangan peluru berpandu sebagai tindakan balas terhadap serangan Pakistan.
Menteri Luar Negeri Subrahmanyam Jaishankar menegaskan, tindak balas itu akan dibuat secara bersasar dan teliti.
"Bukan niat kami untuk meningkatkan keadaan.
"Namun, jika terdapat serangan tentera ke atas kami, tidak ada keraguan bahawa ia akan disambut dengan tindak balas yang sangat-sangat tegas," katanya kepada rakan sejawatannya dari Iran.
Jaishankar bertemu Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi di New Delhi, beberapa hari selepas Araghchi melawat Pakistan, sebagai usaha Tehran untuk menjadi pengantara dalam konflik berkenaan.
Terdahulu, Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif berikrar untuk bertindak balas selepas India melancarkan serangan peluru berpandu maut pada pagi Rabu.
Sekurang-kurangnya 45 kematian dilaporkan susulan insiden berbalas serangan dari kedua-dua belah pihak.
Mangsa termasuk kanak-kanak. - AFP