fb fb fb fb fb

India asingkan pesakit disyaki alami gelaja cacar monyet

FOTO AFP

NEW DELHI, 8 September- India pada Ahad melaporkan telah meletakkan mengambil langkah pengasingan terhadap "kes yang disyaki Mpox".

Ia bagi memastikan negara paling ramai penduduk di dunia itu mempunyai "langkah-langkah pencegahan yang kukuh" , kata kementerian kesihatan dalam satu kenyataan.

Tiada kes mpox yang disahkan di India, sebuah negara berpenduduk 1.4 bilion orang.

"Seorang pesakit lelaki muda, yang baru-baru ini mengembara dari negara yang sedang mengalami penularan Mpox, telah dikenal pasti sebagai suspek kes Mpox," kata kementerian kesihatan dalam satu kenyataan.

"Pesakit telah diasingkan di hospital dan kini stabil," katanya, sambil menambah sampel "sedang diuji untuk mengesahkan kehadiran Mpox".

Ia tidak memberikan butiran lanjut di mana dia mungkin dijangkiti.

"Tiada punca kebimbangan yang tidak wajar," tambahnya.

"Negara ini bersedia sepenuhnya untuk menangani kes berkaitan perjalanan terpencil seperti itu dan mempunyai langkah yang kukuh untuk mengurus dan mengurangkan sebarang potensi risiko."

Kebangkitan Mpox dan pengesanan strain baharu di Republik Demokratik Congo, yang digelar Clade 1b, mendorong Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan tahap amaran antarabangsa tertinggi pada 14 Ogos.

Mpox juga telah dikesan di Asia dan Eropah.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE