fb fb fb fb fb

Imran Khan ketuai perarakan ke Islamabad, tuntut pilihan raya

(Aktivis PTI dalam perhimpunan antikerajaan menuntut pilihan raya awal di Peshawar/AFP)

LAHORE. 29 Oktober- Beribu-ribu rakyat Pakistan menyertai bekas Perdana Menteri Imran Khan di bandar Lahore pada Jumaat apabila beliau memulakan perarakan protes menuju ke Islamabad.

Imran dan partinya Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) menggerakkan orang ramai untuk menuntut pilihan raya umum lebih awal bagi menentang kerajaan pakatan Perdana Menteri Shehbaz Sharif yang berusia enam bulan.

Satu twit PTI dalam bahasa inggeris, "Tsunami di Liberty Chowk," merujuk kepada kawasan bandar, lokasi Imran disambut ribuan penyokongnya.

Kemuncak perarakan pada 4 November itu diadakan di Islamabad dan akan disertai penyokongya dari seluruh Pakistan.

Imran telah mengadakan lebih 50 perhimpunan besar-besaran di seluruh Pakistan sejak digulingkan dalam undi tidak percaya parlimen pada April.

Ia untuk memberi tekanan kepada kerajaan yang didakwanya dipilih melalui konspirasi perubahan rejim yang disokong pihak Barat.

Imran berkata perarakannya adalah untuk kedaulatan sebenar yang membolehkan Pakistan meneruskan dasar bebas dan hak asasi rakyat tidak dicabuli.

Bercakap kepada penyokongnya di Lahore, beliau membidas kenaikan harga, rasuah dan penyeksaan ke atas pemimpin partinya yang ditahan serta wartawan yang menyokongnya.

(Bekas perdana menteri Pakistan Imran Khan semasa perarakan anti-kerajaan menuju ke Islamabad/AFP)

Media Baharu