fb fb fb fb fb

Hujan berterusan di New Delhi jejas banyak kawasan

FOTO REUTERS

NEW DELHI, 28 Jun - Banjir melanda ibu negara New Delhi pada Jumaat selepas hujan lebat berterusan, menyebabkan banyak kawasan terjejas selain turut memusnahkan struktur bumbung lapangan terbang.

Berikutan itu beberapa penerbangan berkenaan terganggu dan terpaksa ditangguhkan.

Turut terjejas stesen stesen metro yang menghalang laluan bawah tanah selain menyebabkan kesesakan lalu lintas yang besar di bandar itu.

"Perjalanan biasa saya ke Karol Bagh biasanya mengambil masa 45 minit tetapi hari ini sudah sejam dan 45 minit kerana kesesakan lalu lintas yang teruk di jalan raya," kata Amir Ansari, seorang penduduk Delhi.

Menurut Jabatan Meteorologi India (IMD) ibu kota India yang mempunyai 20 juta penduduk menerima hujan 228.1 mm dalam masa 24 jam iaitu 266% berbeza daripada biasa.

Delhi tidak mencatatkan begitu banyak hujan sepanjang bulan Jun sekurang-kurangnya dalam tempoh 15 tahun yang lalu.

Pada Jumaat dalam tempoh tiga jam kawasan sekitar lapangan terbang Delhi menerima kira-kira 148.5 mm hujan, berbanding 101.7 mm sepanjang Jun tahun lepas.

Pakar berkata, India perlu menggali lebih banyak tasik dan kolam untuk menyimpan air daripada hujan lebat bagi mengelakkan kekurangan air besar-besaran di tempat seperti Delhi dan Bengaluru. - REUTERS

TETITIA YUSOFF