fb fb fb fb fb

Hu Jintao tinggalkan majlis penutupan Kongres Parti Komunis

(Presiden China Xi Jinping (KANAN) duduk di sebelah Perdana Menteri Li Keqiang (KIRI) ketika
bekas presiden Hu Jintao dibantu keluar dari majlis penutupan Kongres Parti Komunis China ke-20 / AFP)

BEIJING, 22 Oktober- Bekas Presiden China, Hu Jintao telah dibawa keluar secara mengejut dari majlis penutupan Kongres Parti Komunis pada hari Sabtu.

Hu yang kelihatan lemah, pada mulanya kelihatan keberatan untuk meninggalkan barisan hadapan ahli Jawatankuasa Tetap Politbiro di Dewan Besar Rakyat Beijing, tempat dia duduk di sebelah Presiden Xi Jinping.

Dia dilihat bercakap dengan Xi dan Perdana Menteri Li Keqiang sebelum dibawa keluar oleh seorang pembantu, yang memegang lengannya.

Hu turut dilihat menepuk bahu Li semasa dia pergi. Pemergiannya tidak dijelaskan.

Hu, yang bersara pada 2013, muncul pada pembukaan Kongres Ahad lalu dengan rambutnya beruban sepenuhnya.

Xi, 69 tahun, secara meluas dijangka akan disahkan semula hujung minggu ini sebagai Setiausaha Agung Parti, membuka jalan baginya untuk memperoleh penggal ketiga yang melanggar norma sebagai presiden China Mac depan.

Jawatankuasa Pusat baharu kira-kira 200 pegawai kanan Parti telah dipilih sejurus selepas 11 pagi Sabtu, lapor agensi media kerajaan Xinhua, tanpa mendedahkan senarai penuh ahli.- AFP


(Bekas presiden China Hu Jintao menghadiri sesi pembukaan Kongres Parti Komunis

China ke-20 di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada 16 Oktober 2022 / AFP)

Media Baharu